Wednesday 27 March 2013

Hari kematianku semakin hampir

hye Asslamualaikum, & good Moring



dua hari lepas cecah umur aku 21 tahun.. kawan-kawan sambut berthday n buat aku happy.. thanks a lot kawan-kawan... setahun lagi tarikh kematian aku makin hampir. . . diri masih lagi banyak kekurang.. Inshaallah, sebagai anak, sebagai pelajar, sebagai saudara mara, sebagai kawan, dan sebagai sesuatu yang di lahirkan sebagai khalifah, akan akan perbaiki diri dari semasa ke semasa... akan lebih berbakti kepad ibu dan bapa, akan lebih mendalami objektif aku sebagai manusia, akan cuba mengukuhkan tiang agama..  mohon doa dari semua..

"Rasullullah s.a.w pernah bersabda didalam hadithnya yang membawa maksud solat berjemaah lebih tinggi darjatnya 27 daripada solat berseorangan" 

hanya dengan solat berjemaah, amalan solat kita di tinggi kan dengan 27 darjat.. serez besar beb, bukan lama pun solat dalam 10 minit ja.. TAPI ! ! berpa ramai ja antara kita yang mengejar ataupun orang kedah kata hat "ligan" solat jemaah ni... TU PUN KALAU SOLAT ! ! ! krik.krik.krik *bunyi cengkerik.. nak pulak ada member2 kita yang sibuk dengan boyfriend, girlfriend ke hulu ke hilir, kau peluk aku, aku peluk kau.. tu pun belum kira yang sibuk dengan moto, merempit n soon.. kenapa?? kau rasa mungkin kapcai mata bulat kau tuh boleh bawak kau pergi syurga, pakwe yang buat kau jadi penyedap boleh bagi cop untuk meluluskan kau masuk syurga?? dunia kat luar sana ramai buaya, naga mahhupun tenggiling yang tunggu masa nak baham kau.. sama ada kau sedar atau tidak once kau menapak keluar dari rumah, bermakna kau kene berdepan dengan segala tipu muslihat permainan dunia.. But! ! kau nak salah kan siapa kalau kau pun duk join sama mendaftarkan diri kau ke NERAKA ?? Salah kan dunia?? atau salahkan diri kau yang baik hati melakukan setiap sesuatu tanpa berfikir dengan membiarkan otak kau tak berkerja?? 

. . . . . .  muhasabah diri . . . . . .

so aku nasihatkan kepada diri sendiri dan jugak kepada engkau, engkau yang tengah
 membaca, bila member dok ajak solat jemaah tu, jangan la tolok, p la ikot dia solat sat, *solat jer pun bro!! tak pakai modal.. serez tak rugi pun, untung lagi ada ar... and apa salahnya kita ajak member kita p solat sekali ? ? ? kalau nak untung part ni, biar kita sama-sama untung la beb. . .  Kita jadi member sampai ke Akhirat.. Inshaallah . . . okey abang2, adik2, & akak? ? ? mai la kita sama2 berpaiki amalan kita, agar kita sama-sama memperolehi keuntungan . . . 

Dan macam mana kebanyakkan manusia lain, dah takde pilihan baru laaa nak cari tuhan . . . time tu baru la nak doa camgini . . . . . . .
:
:
:
:
:
:
:

"ya Allah ya tuhan ku, tolong la aku ya Allah, aku didalam kesempitan ya Allah, tunjukkan la keajaibanMu ya Allah"

But it will never change bcoz bukan kan Allah dah kata Dia tak akan merubah nasib kita jika kita tak merubah nasib kita sendiri.. Allah tak pernah menipu beb! ! ! jadi aku fikir, we got to finish this by our self, takde orang boleh tolong pun...

tapi cuba kau dan aku fikir, berapa ramai kawan-kawan kita yang dah bersiap dan bersedia bila malaikat Izrail datang ketuk pintu kita?? Aku bercakap tentang AJAL , KEMATIAN dan bak kata omputih DEATH ! ! tak ada sesiapa yang boleh menafikan yang kita akan berjumpa dengan kematian, atau pun kematian yang akan berjumpa dengan kita.. ada beberapa yang aku nk highlight kan dekat sini.. SATU ! ! bila dia nak mai, kita pun tak tahu, kita akan mati jugak, tapi kita tak tau bila... ramai yang beranggapan, kita akan mati bila kita dah tua-tua berkdur kerepot nanti nuh. Tapi realitinya, berapa orang yang boleh jamin yang usia kau akan mencecah ke separuh abad? ? ?  kalau tetiba kau mati, atau pun mala petaka yang lain, ada yang kene masih lagi 20-an, malah belasan tahun pun ada.. tak ada sapa boleh garenti yang dia boleh hidup sampai ke esok. DUA !! bila dia mai, kita pi la.. takdenya kau boleh kata, "sat.. sat.. sat.. aku nak bersiap sat biaq segak sikit".. Kalau takdir dia mai tu kita dah bersiap, dah cukup amalan, then ALHAMDULILLAH, tapi kalau time tu kita dok still terkontang kanting lagi, nak buat macam mana?? kita tak boleh buat apa-apa dah bro... so bila ajal datang mai ketuk pintu kita sorang-sorang kitang akan terus meninggal..

so memang kita tak tau, so apa yang boleh kita buat bila kita tunggu untuk sesuatu yang kita tahu akan tiba but detik dan ketikanya sahaja yang kita tak tahu... aku ada terbaca 1 tips yang sangat bagus yang diberikan oleh sahabat Rasullah s.a.w ialah berkerjalah untuk dunia seumpama kamu akan hidup selama-lamanya, berkerjalah untuk akhirat seumpama kamu akan matti esok.

kesimpulannya adalah . . . sometime you'll feel that you well prepared, you'll gonna be allright, you'll fine ever after, nothing will gonna be happen to you, you'll finished ur work on time, but suddently some problem happaned, that time kau akan berfikir siapa diri kau pada hari-hari sebelumnya...

ini adalah peringatan untuk diri aku sendiri yang lemah lagi daif, dan tak lupa untuk member-member yang tgh bace tuh... mari lah kita sama-sama berusaha untuk menghandsomekan, dan melawakan diri kita untuk berjumpa dengan Allah subbahanallah taala.. Ishaallah. . . .

trust me thatt kita tak boleh boleh bahagia selamanya as long  kita masih lagi bergantung kepada manusia lain... bergantunglah kepada sesuatu yang tiada tercatat hari kematian untuknya iaiti Allah subbahanallah taala...


sekian sahaja rakaman suara hati

Assalamualaikum.. 


Birthday Girl

Hye Assalamualaikum & Happy Wednesday !!

Last monday 25 mac ulang tahun Hari Polis yang ke 206, yesterday 26 Mac ehem-ehem Birhday Aku iaitu hari kejyaan yang terbesar mak aku melahirkan aku diduania, dan Inshaallah akan jadi modal insan yang berkualiti, dan hari ni 27 mac adalah hari yang membosankan.. eh nak pesan sikit, sapa yang terasa mahupun terdetik nak bagi hadiah kat aku, masih lagi terbuka.. hehe

Ucapan beribu-ribu terima kasih kepada ibu tercinta kerana telah berjasa melahirkan dan membesarkan anakmu ini  dari sebesar-besar tapak tangan sehingga sekarang lagi besar dari ibu( kehkeh), halalkan makan dan minum anakmu ini, maafkan segala salah dan silap dari terkecil hati sehingga menitisnya air mata..  sesungguhnya sehingga habis sisa hidup aku sebagai anak mu, tak termampu nak membalas besar nya pengorbanan mu ibu.. dan tidak lupa kepada seseorang lelaki yang amat aku kasihi adalah ayah, dah setahun lebih ayah meninggalkan aku, sikit pun aku tak rasa ayah macam dah tak ada, mungkin kau akan cakap aku menolak takdir/ tak menerima kenyataan.. aku tak kesah, yang aku tahu, ayah masih bersama aku, melihat aku.. maafkan anakmu ayah jika terlepas laku, doa untukmu di tiap2 hari-hari ku mengiringi pemergian mu ayah.. Jasa Mu Di Kenang My Hero, My One & Only Ayah..

And Thanks a lot kepada kawan-kawan yang buat suprise 12 malam semalam, n thanks dalam masa tak ada air kat hostel korang boleh mandikan aku dengan tepung, Nice sengat, omey angat... And thanks coz belanja kek comel,aku ingat sampai bila2.. sayang korang kaw-kaw punya, serez tak tipu beb..



thanks a lot kepada Mr Right yang terlambat wish.. seddey but saya faham awak penat berkerja keras for our future, I'm fine with it, jangan lupa saya sudah lah.. saya tunggu awak pada 7 April yaa, ada lagi 
kurang dari dua minggu, sangat excited but terpaksa buat-buat cool.. huhu kang orang cakap saya over pulak. ++ dont forget ! ! saya tunggu hadiah birhday, kalau itu pun awak lupe.. undang-undang akan berkuat kuasa serta merta.. n remember jangan lupa pakai baju PINK ! ! !



(muke tengah menunggu la konon2)

"I LOVE YOU not only for you who are, but for who I am when I AM WITH YOU"







Saturday 16 March 2013

"kejayaan kau, kebahagiaan kau, adalah tanggungjawab kau"



..Hye Assalamualaikum..
Hoho sambil-sambil tengok detective conan mengadap laptop rindu pulak nk update blog.. actually takde idea pun, memory otak slow pepagi ni.. so menaip jer la ikot sedap hati ni.. tup.tup terpandang kat anak buah aku tgh mkn sosej yang gulung dgn roti yang aku buat untuk dia td.. skali pandang dah macam kucing yang mkn, habis dikorek sosej dalam roti tu.  Sakit pulak hati kite ni tengok, jap ag aku la tu yang kene mkn roti dia tuh.. tak pe, nasib baik aku syg kau budak…

sekarang dah masuk pertengahan bulan march, tinggal 2 bulan nak tinggalkan zaman-zaman study.. dan akan bergelar diploma holder, hek eleh diploma jer pun, tapi kesah ape, itu lah value aku skarang.. as a sesuatu yang bergelar hamba Allah aku harus bersyukur dan Insyaallah akan terus berusaha melangkahkan kaki melangkah setapak ke hadapan dan terus kehadapan. 

minggu ni dah start study week, dah kene start mengulang kaji pelajaran yang sudah2.. hoho sampai ke mase-masa macam ni alohai macam-macam penyakit mai cek oii... sakit perut, sakit kaki, sakit otak dan sekutu dengannya, sakit yang entah datang dari mana. yang pasti etiologinya langsng tidak diketahui.. tak student la beb kalau tak ade penyakit2 yang telah menjadi lumrah sejak azali lagi. tak student la namanye kalau tak esok nak exam malam ni dok relax berpesbuk, tak student la kalau buat2 skema baca buku buat tekun awal cenggitu..

Tapi yang pasti ! ! tak student la jugak kalau tak nk result exam gempak walaupun study macam haprak.. hehe yang tu aku mengata diri aku lah.. bukan korang. Bagi aku, result gempak atau tak ikot usaha dah rezeki masing2 masinglah, so tak perlu la kau nk fight result exam kau dengan siapa, fight dengan diri kau sendiri, there is the best way yang kau boleh buat untuk diri kau, sebab kemampuan kau, aku, si siti, si milah , mahupun daud adalah berbeza dalam setiap sesuatu perkara... kalau kau berusaha dalam setiap sesuatu perkara, hasil yang kau dapat setimpal la jugak dengan apa yang kau usahakan.. siapa diri kau adalah apa yang kau usahakan. yang penting apa yang kau buat mesti dapat redha mak ayah, mestilah ikhlas, Allah suka beb, serious tak tipu, lagi 1 rahsia ! ! berbaik2 la dengan binatang, YESS! ! mungkin kau nampak macam tak ada kene mengena, but try la buat.. kau akan nampak kat mana hasilnya, murah rezeki sedere.

semua orang dilahirkan dengan potensi supaya berjaya. Semua dilahirkan dalam keadaan yang sama. Seperti Nabi Muhammad s.a.w pernah menyebut. 
"setiap kelahiran adalah fitrah"
so ape fitrah kite semua?? fitrah kita adalah kecemerlangan dan kehebatan. Tuhan pernah bagitahu dalam Al Quran.

"kami ciptakan manusia (kita semua) dengan sebaik-baik penciptaan"

tak kah semua itu dah menampakkan kite ni hebat sejak dari detik terciptanya sesuatu bernama manusia.. 
#sila renung-renungkan.

Gambarkan, kita dicipta dengan potensi yang hebat. Otak kita mempunyai anggaran 100 bilion sel neuron boleh memproses dan memahami semua yang diajar bermula dari tadika sehingga tahun akhir di IPT. Yang paling hebat, kita memiliki kuasa mungkin kau dann aku sendri tak sedar iaitu memiliki kuasa memahami  semua subjek, buku teks, latih tubi, formula, teori, data, statistik, dan rajah.. Ada sesiapa sedar semua tu?? Bukan kah semua tu dah cukup menampakkan kita hebat??

Saintis pernah menkaji fungsii otak mendapati sel-sel neuron akan bergabung antara satu sama lain apabila kita belajar sesuatu yang baru. ini bermakna semakin byak kita blajar, semakin byak gabungan antara neuron2. gabungan neuron2 menunjukkan kefahaman kita didalam sesuatu perkara.

meh aku buat ujian kat korang sikit.. Adakah korang faham tentang perkataan dibawah ni :-
LEMBU

FAHAM?? dah tentu lah kau faham, lembu adalah binatang ternakan yang daging dia boleh buat daging burger. oke aku nak tanya, kau boleh nafikan tak mase kau bace tulisan berwarna purple diatas kau akan terbayang sesuatu dan otak kau mpamerkan objek ini :-
 kenapa ada objek lembu dalam otak kau?? ni sebab, mase kecik kau pernah tengok lembu dan mak bapak kau bgthu "itu namanya lembu", kemudian otak menyimpan gambar lembu. Dan bila masuk skolah cikgu pulak ajar mengeja perkataan L.E.M.B.U.. dan lembu adalah salah satu contoh gabungan antara neuron2 kau.

Okeh cukuplah leteran aku stakat ni.. entry aku akan lebih bermakna jika kau try mengabungkan neuron2 otak korang untuk fikir, renung, dan beramal dengan apa yang dah berbuih berleter kat atas.. dan jika kau rasa apa yang aku cakap ni tak betul, sila tinggalkan blog ni tanpa meninggalkan sebarang kesan.

And last aku nk mintak, cube kau scroll balik ke atas entry ni.... Owwhh tak, aku tahu kau memang malas nk buat cm tu kan.. saje nk cakap leh tahan panjang gak entry kali ni, k lah bercakap byak2 kat sini pn tak jadi ape kan.. aku pn tak study ape lagi, hoho part ni jangan tiru aku.. huhu k lah cukup sampai disini.. bye..bye..

"kejayaan kau, kebahagiaan kau, adalah tanggungjawab kau"

ASSALAMUALAIKUM

Friday 1 March 2013

Antara Intan Dan Permata


Hai assalamualaikum

Sempena hari yang mulia ini iaitu hari betapa aku at rumah mula tetibe dapat lak inspirasi nak berceloteh at blog ni.. Last 2 nights aku dah keje night shift (9 pm - 7 am) so makanya hari ni adalah hari tidur aku, tapi malangnya aku bukan spesis yang pandai tidur siang tak hingat dunia mcm musang dan malam lak berjaga macam kelawar.. tak jumpe nikmat hidup beb kalau keje membute jer... so untuk mengisi ruangan masa yang membosankan ni, aku sedia berkhidmat di blog ni merapu tak tentu hala... huh! macam mana nak start pun tak taw...

Skarang tengah musim orang kawin, kawan2 aku ramai gak yang dah kawin, mak buyung yang dah bawak perut pun ade, yang dah dok heret anak ke hulu ke hilir pn byak, tapi ag 1 spesis yang asyik dok payung gambar anak kat fb pn bsepah.. ehem... ehemm.. aku bukan dengki oke!! just suke tengok ja... aku lambat lagi kot.. belum ada yang sudi (ayat drama melayu) kehkehekeh... minggu ni plak mak aku p hantar rombongan merisik untuk abg aku, seronok cekk oiii... lagi seronok sebab aku tak dapat balik, weekend kene keje #frust menonggeng !!! 

Setiap seorang manusia itu ada pasangannya yang dah siap sedia tertulis di Luh Mahfuz, lambat atau cepat kau akan jumpa jugak jodoh tu, so jangan berangan itu dan ini ciri-ciri suami atau isteri yang layak untuk diri kau sebab kau pun mungkin belum cukup layak untuk nk pikul tanggungjawab.. thats it!!!. ..aku ada beberapa persoalan ..

  1. kenapa perempuan yang comel, yang putih, yang gebu, yang tinggi lampai, yang kurus dan sekutu dengannya diklasifikasikan sebagai "CANTIK" ? ? 
  2. kenapa lelaki yang kurus, tinggi, hidung mancung sikit, badan taf n lagi bagus kat perut ade mcm bentuk roti bun 6 biji, & kulit ala-ala mamat K-pop diklasifikasikan sebagai "HANDSOME"
  3. kami yang montel dan gebu lagi bahagia ni tak nampak ke kecomelan yang mebuak-buak ni??
  4. kenapa orang yang CANTIK, COMEL, HANDSOME, MACHO menjadi prioriti dalam pemilihan seseorang?? sebagai bukti ------->>
(omeyyy angaatttt....ayat mamat meroyan kat Nelydia Senrose)

"kalau semua orang nak yang cantik, yang handsome, kami2 yang tak cantik ni sapa yg nak?"
(cer tengok muke2 kat atas ni, tak kesian ka?? seddeeyyy! ! ! )

huhu abaikan iklan2 diatas, sajer promote gambar... apa-apa pun berlaku, please back to Pencipta and searching the right way Fisabilillah.. bila kau merasa hidup kau kekurangan hati kau kosong bermakna iman kau semakin menipis, once kau believe that AllaH is Always bersama kau, kau tak akan sempat merasa diri kau kekosongan.

Aku percaya setiap orang akan sampai lowest point on their relationship in life. Been there, done that. hati sakit mcam kne pijak. khilangan sparuh jiwa, atau mungkin seluruh jiwa. Hati sakit sampai tak terluah dek kata-kata. Dan sedar atau tidak, kbnyakan dari kita hnya sedar akan adanya Tuhan bila waktu susah. Dialah menjadi tempat mengadu dan meminta bilamana sudah tiada cuping-cuping telinga yang yang menempek dihati-hati hitam yang mampu lagi untuk mendengar kesedihan dan kesyahduan cerita sedih kau..









Tuesday 26 February 2013

Pergi Tanpa Alasan

Syahdu tak Tittle kat atas tu, haha bunyi nk gempaq... ni tille lagu jer pn, pape pn layan jer lah.. ENJOY!!


Aku mencintaimu bagaikan langit memeluk bintang
Aku lukiskan cinta di hati tak terbatas lagi

Aku mencintaimu bagaikan langit memeluk bintang
Aku luksikan cinta di hati tak terbatas lagi
Cinta yang dulu bersemi kini menjadi masa laluku
Hatiku hancur tiada berkeping bagaikan segelintir debu

Kepergianmu tanpa alasan yang pasti
Kau buat hatiku kini lemah tak berdaya
lyricsalls.blogspot.com
Semakin hancur hatiku ini tanpamu
Ku tak bisa berdiri tegak dan bernafas lega

Kepergianmu tanpa alasan yang pasti
Kau buat hatiku kini lemah tak berdaya
Semakin hancur hatiku ini tanpamu
Ku tak bisa berdiri tegak dan bernafas lega

Semakin hancur hatiku ini tanpamu
Ku tak bisa berdiri tegak dan bernafas lega - See more at: http://lyricsalls.blogspot.com/2011/07/lirik-lagu-eren-pergi-tanpa-alasan.html#sthash.Fg6HFV2N.dpuf


amacam layan kan... takde kene mengena sama ada yang hidup atau yang sudah mati..
bukan setiap masa sesebuah lagu itu melambangkan jiwa..

 saje nak update blog, actually tade bahan.. 
otak tengah lembab gara-gara keje night shift..




Saturday 16 February 2013

AKU PENCINTA-MU


Saat aku rasa dunia tak menyebelahi aku, aku buntu kemana hendak aku lari?? kemana hendak aku sembunyi??

BAHAGIA, SEBENARNYA DIMANA??

Seorang kawan aku cakap : 
Hidup BAHAGIA bila kita TIPTOP dalam study, nanti ramai orang suka kita tawww.
tapi aku nampak dia tak ada la ramai kawan sangat pun.....
Kawan lain pulak cakap :
 Hidup ni BAHAGIA bila kita ramai teman, nak-nak pulak ada yang istimewa..
tapi kenapa aku selalu nampak dia bergaduh  lepas tu menangis??

Orang ramai cakap kat aku : 
Hidup ni BAHAGIA  bila kita boleh buat apa yang kita suka, seperti Dengar lagu, Shopping,  Melepak Online, Masa pun terisi.
tapi kenapa mereka tetep mengeluh BOSAN??

BETULKAh HIDUP "CUMA" SEKADAR INI ? ? ?

Kata PENCIPTA :
AKU TIDAK MENCIPTAKAN JIN DAN MANUSIA MELAINKAN AGAR MEREKA BERIBADAH KEPADA-KU

DAN KEHIDUPAN DUNIA INI, HANYALAH SEMENTARA

SESUNGGUHNYA KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH PERMAINAN DAN SENDA GURAU

Terkelu lidah mengetahui bahawa HIPUP BUKAN SEKADAR HIDUP perlu sedar bahawa :-

          • CINTA yang dikurniakan bukan cuma untuk aku
          • HARTA ini juga bukan sepenuhnya milik aku

MALAH
          • HATI ini juga pinjaman sahaja
          • HATI ini hidup kerana Allah dan tunduklah mengharap hanya padaNya
"sesungguhnya SOLAT aku, IBADAH aku, HIDUP aku, MATI aku, hanyalah untuk DIA"

Persoalan demi persoalan telah terjawab, semuanya berbalik kepada Allah, Hati puas saat tahu berpaut itu hanya pada Mu Ya Allah. Hidup indah tidak keseorangan bila sedar Allah sentiasa menemani. Jiwa merasa cukup bila Allah memujuk, bila Allah Berjanji..

Kerana aku tahu cerita cinta aku dan dia BUKAN CINTA BIASA

"Benarlah, dengan hanya mengingati Allah, Hati Akan menjadi Tenag!"
(Ar-Ra'du :28)





Allah Azza Wa Jalla

Hai Assalamualikum, Dan selamat sejahtera kepada akak-akak, makcik-makcik, opah-opah dan sebagainya.. Golongan yang berlainan Jantina atau yang mengalami kekeliruan jantina (nyah) juga selamat sejahtera dan assalamualaikum diucapkan.. Semoga hari ini dan hari-hari mendatang akan menjadi 1 titik lonjakan untuk aku, kau dan kita semua supaya kita boleh menapak ke satu anak tangga yang lebih tinngi dan lebih dekat kepadaNya.

Tahun ni dah masuk pun 21 tahun, pejam celik pejam celik semakin hampir pejamkan mata dan tak akan celik-celik lagi.... Diri sendiri masih lagi kekurangan serta banyak lagi cacat cela. disana dan disini... masih lagi menghabiskan masa yang bersisa mungkin tinggal beberapa detik, minit dan jam sahaja lagi, masih tak sedar2kan diri bahawa hanya berpijak diatas bumi dan mendongak kelangit yang hanya sementara cuma. Semakin usia Menapak keatas, Semakin Menebal buku cacatan Malaikat pencatat setia sebelah kiri.. Adakah Itu pencapaian Terbaik aku selama aku hidup didunia ni..?? Adakah itu yang dapat aku bangga-banggakan?? 

RENUNGAN BERSAMA


Tuesday 5 February 2013

Cerita Itu Dan Ini

Hye Assalamualaikum

Bukan manusia la nama nye kalau tak ada yang tak puas hati, komen itu ini, pompang pompang, pokpek pokpek, & blablablabla...

Hari ni hari ke-4 aku ditempat baru, Baru nk start praktikal dekat Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang.. hurm aku dan kawan-kawan duduk dekat rumah kedai yang berhampiran dengan hospital.. So far so Good la stay kat sikit, tapi biasa lah stay rumah kedai dah macam kilang hape jer..
Nak cakap selesa tu memang tak selesa duduk dalam keadaan macam ni, toilet ade dua, tapi tempat memeram(jamban) yang membuat kan aku tak puas hati, ade ke bagi tandas duduk tu, gile habis tak berak aku dok umah ni, tak rasa nikmat berak tu bila kene duduk mcam tu, aku tak tahu lah mcm mana mat2 salleh siap boleh bace paper mase melabur tu... Jalan penyelesaian yang terbaik adalah, bila nk mula keje aku meluru la cari jamban bersesuaian  menjalankan aktiviti pembuang hasil dalam negeri aku.. #fuhh lega habis 

Ehem~ehem... Yang best sikit nya kat sini sebelah bangunan penempatan kami terdapat GYM 24HOURS beroperasi, katil aku pulak baik punya parking kat tepi tingkap, huhu bagun tidur pagi-pagi baik punya sarapan mata tengok abang badan ketul-ketul keluar dari gym, terus cerah bijik mata aku.. sekali tengok macam letak roti BUN 6 bijik kat perut..  *tengok perut aku lak, uisshh no, macam Letak Roti Gardenia 70sen tu, BUNCIT!!  (ah abaikan!! masalah utama aku dari dulu kini dan selamanya)

Start from today, ketua rumah kami menetapkan peraturan yang aku rase tak brapa adil untuk aku bilamana kami dipaksa bercakap dalam bahasa Omputih dalam rumah ni, katanya sepatah word bahasa melayu keluar    sila serahkan wang ringgit bernilai sepuluh sen kedalam tabung rumah, Terfikir macam mana kalau mak aku call?? mau mak aku tengok Hp dia 3/4 kali untuk confirmkan itu no anak dia atau tidak.. 
banyak alasankan?? #oke fine, aku memang fail sikit nak bercakap bahasa orang Kafir Laknatullah ni, tapi Broken English tu bolehlah... Jap kalau difikir-fikirkan balik, kita cakap melayu pun bukan betul sangat, ade ke kau cakap dengan kawan kau macam dalam bahasa buku camgini "Yana, adakah awak sudah makan??".. kalau cam ni la cara aku bercakap dengan kawan aku confirm budak tu gelak berguling-guling kat lantai, Tak ke semua tu nampak awkward??? 
( twitter)

 tinggalkan pasal ketidak puasan hati diatas, Next Topic adalah start minggu ni aku dan kawan-kawan kerja petang, sesuatu perkara yang membuatkan aku frust menonggeng adalah aku miss cerita Setia Hujung Nyawa, cite peberet tuh, adoyaiii Tekanan Betoii... Tambah-tambah pulak try try nk bukak internet tengok dekat  http://www.dailymotion.com/ dan terpaksa melayan line yang slow habis macam siput vavi..  #Aku peminat amar ashraf hero cite tu, macho weh!!! (tapi tunang orang) *buat sekian kalinya aku frust

kalau nk sambung luahkan segala mengikut kehendak hati, sampai bile pn tak sudah, ikot kan hati, mati la kawan, sampai ni jer la entry kali ni  

"MUNGKIN KITA TAK SELALU DAPAT SETIAP SESUATU YANG KITA HENDAK, TETAPI KITA KENA BERSYUKUR KITA MEMILIKI SESUATU YANG KITA PERLU"

Sunday 27 January 2013

~photo shoot sempena Maulud Nabi~




Tajuk Tidak Diketahui


Hye Assalamualaikum

salam berhujung minggu untuk semua yang bertandang kat blog aku untuk hari ni, esok, lusa dan selamaya *budget blog dia hot je.. huhu

Hari ni ialah hari Ahad bersamaan dengan 27 januari 2013 bersamaan dengan 15 Rabiul awal 1343h adalah hari Thaipu***... Ah kesah apa hari Thaipu***! ! ! Hari perayaan orang2 Kafir Laknatullah, #boleh jalan dengan kau punya raya.. yang tak bagi ape2 input untuk aku... bukan aku nk ada semangat perkauman sgt, but paling aku tak suka, bile smpai je time ni confirm la manusia2 dok berarak kat tengah jalan smpai dok cucuk2 badan sana sini yang hangin nyer jalan mula la nk jem macam ade Lori sampah excident... Omak ai punye la sakit hati, sikit pn aku tak interested nak tgk kau punya cucuk2 tu, mungkin dia terasa cukup jantan buat cm tu *huh tak faham... Tapi ape mau bikin,, kat area kampung aku ni populasi orang2 berkulit manggis agak tinggi... Nak tak nak hari ni melopong la weh dok umah mengadap Tb.. #Nasib baik kau punya raya sehari jer
 (maaf ade words yang perlu aku cencored, kalau jadi hal boleh masok court woii)

Ok cukup untuk stakat itu, tinggalkan kata-kata pujangga indah sebagai mukadimah di atas sebelum aku di Rejam.. hikhik... 

Hurmm sejak due menjak ni byk pulak cuti aku, seronok la kome2 yang berkerje kerajaan tuh, yang latest cuti Maulud Nabi, Esok pulak cuti untuk ganti hari perayaan yang jatuh pada hari ni.. hurmm takpelah cuti lah banyak mana pun keje aku tetap duduk rumah membesarkan BONTOT .. 

Bile bercerita pasai Besar Membesar Terbesar ni, teringat pulak yang lately ramai orang yang memuji aku mengunung-ganang hutan rimba yang mengatakan aku dah semakin berisi @ gemok... ehem..ehem... untuk pengetahuan uoollllsss aku TAK GEMOK ok!! cuma ade isi lebih sikit jer #ambik hati sendiri... kurus-kurus sangat pun tak cantik jugak yerdak?? #lagi sekali ambek hati sendiri .. haha

Tipulah kalau aku tak terasa bila orang cakap aku gemok, mula2 dulu sentap jugak, ade sekali tu sampai nanges, sentap mak ni haaaa.. Tapi tu dululah, skarang hati dah kental sedare... nak nanges2 lagi?? tak dapat la, INI SEMUA POYO!! pedulilah..  gemok ke, kurus ke, bujur ke, melintang ke, tak sakit kan hati org kot noh... ang dok diam2 dah la, toksah dok buat hingaq #haaa kan dah bahasa utara aku keluar.. 

pause sekejap!!! cer bace entry ni dr atas sampai bawah, topic ape yang aku nk cerita sebenarnya ni... kejap itu, kejap ini.. nampak tak aku dah tak betol, hahah tak de modal nk merapu sebenarnye.. cukuplah sampai ni jer... aku sendiri bace pn aku menyampah... haha k lah assalamualaikum...

P/S : sabar itu subur, tak sabar masuk kubur* pun tade kene mengena


Tuesday 22 January 2013

Maulidur Rasul 1434 / 2013

hye Assalamualaikum...

jam dah menunjukkan pukul 12:18am, mata terkebil-kebil *liplapliplap bagai pelita kehabisan minyak tanah (kelabu asap)!.. time nak menjengok2 blog yang agak suam-suam kuku kate ko!... adatlah aku bukan blogger tegar yang sentiase ade idea nk hapdate blog dengan kreatif, puitis, dramatis, mahupun testis... malam ni macam malam-malam yang sudah, hanya duduk melangok kat bilik menjadi batu lagi sikit ngam nak sama dengan tugu negara... membatu la duduk kat hostel, sen pn kureng kalo nk berpoya-poya...

esok adalah sambutan Maulidur Rasul, iaitu hari keputeraan junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.. sedara yang berkerja tu seronoklah dapat bercuti, aku pon same, terlepas dari dengar bingit, haru-biru, huru hara budak-budak dok meraung kat klinik tu.. tapi cuti pn cuti la kawan, buat la ape yang patut pada untuk meraikan hari kelahiran rasul kita, bukan selalu... ni tak, yang brader2 kalau hari jadi awek boleh sambut bagai nak rak siap korek tabung, tak pon mintak upah cabut uban mak(keje aku la kecik2 dulu) punya la semangat nk kutip danar untuk buat awek terharu bile dapat hadiah cincin hat siap ukir nama, bunga segala macam bau, tak cukup g sembur minyak wangi "dashing" pn tade hal, tak pon bagi teddy bear sebesar-besar alam * ade ke bagi beruang, tak style betol... yang si awek pulak.. ahh.. malas cite bosan...

Hurmm kalau dapat ikot jkkkkkk kampung berarak kan dah cun... selawat keatas Nabi..  betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan hari keputeraan Nabi Muhammad SAW.. kalau tak kita, sape lagi?? nak harap kan Mutu Sami?? Mang Kok Meng?? Mee Le Bus? Mee Ku Ning?? tak dapat la sedare.... kirim salam jer lah...

Renung-renungkan, selamat beramal... lu pikir la sendri...

Mantapkan peribadi
Cantikkan Hati
Upgrade Pekerti
update Rohani
*buat laki/bini confirm tak Rugi

Ingatan Bersama, Assalamualaikum..

Saturday 5 January 2013

~berfikir sejenak~


Assalamualaikum.. Hye kawan-kawan... hurmm hari ni tade la banyak sangat idea nak merapu buat entry baru, tapi ikot kan jer la jari yang tengah ade mood nak menaip.. sambil memerhatikan kucing yang sedang baek punya dia landing atas dekoder astro tengah nyenyak dibuai mimpi lena umpama dekoder tu APAK kau yang  beli, tetibe terlintas la 1 topic kat otak yang agak Lemb** ni.. Meh join aku merapu sat..!

hurmm k! entry kali untuk anak-anak dara baik2 duduk kat rumah bawah ketiak mak bapak.. upsss kejap ! tengah2 layan menaip ni, aku dapat gangguan halus, iaitu bau sate yang halus2 masuk menusuk hidung sambil  terkembang kuncup hidung aku... ooouuuhhh NO!!! kuat kan iman, jangan sampai misi mengurangkan buncit aku gagal...!! LUPEKAN~~

oke Lets contineu, sembang-sembang sal anak dara ni, kau pernah rasa tak jadi anak perempuan ni tak adil bagi kau, nak keluar tak boleh, nak jalan2 dengan kawan apetah lagi... nak online pulak, baik punya mak usha dari belakang, kekadang handphone pon kene selongkar.. Tapi yang menjadikan kau rase berbulu dan meluat bilamana kau tengok abang2 kau relax je keluar dengan kawan2 dia, dengan awek dia. suka2 hati, tak kira masa, mak bapak kau tak bising pn... but bila kau persoalkan dimana hak kau  pada mak bapak kau, kau akan dengan 1 ayat basi ni "awak kan anak dara, abang tu lelaki" sah2 lah abg tu lelaki, kalau perempuan aku tak tau la cam mane nak bayangkan muke dya..

Huh! sakit hati siot dengar ayat tu... kalau difikirkan secara logiknya, yang abang2 keluar tu bukan dengan ank perempuan orang ke?? bukan anak dara orang ke.. kalo diorang keluar dengan BAPOK aku tade hal la sangat.... 

mesti korang terfikir motif apa ayat tu terluah kat mulut mak bapak kau... hurmm kalo difikir kan anak perempuan ke lelaki ke kalo dah akil baligh kau buat ape pn sama je pertimbangan dosa pahala kau.. tak semesti nya kau lelaki kau boleh buat apa yang kau suka... dan TAK SEMESTINYA LELAKI TU BOLEH TAHAN GODAAN SYAITAN..  #betulkan kalau aku salah..

And one more thing yang aku tak puas hati... korang mesti pernah dengar ayat ni "jaga anak perempuan sorang macam bela lembu sekandang"... sekarang aku nak tanya 1 soalan kat korang, Dimana persamaan antara anak perempuan dengan lembu atau anak perempuan dengan kandang... ada jawapan?? sila kemukakan diruang komen dibawah.. TQ!

kenapa perlu dibeza2 kan antara anak-anak mengira jantina.. kalau dapat anak pondan macam mane pulak nk jaga??  atau perlu aku keluarkan peribahasa " seperti bela sotong dalam aquarium, ikan bandaraya tunduk hormat" ?? huh! tak dapat bayangkan mcm mana bela sotong dalam aquarium..

bagi aku.. kau lelaki ke perempuan ke kita sama semua sama je.. kau buat jahat tetap berdosa... tak pernah aku dengar ade diskaun dosa 20% sebab kau lelaki.. kalau lah cara mak bapak kita secure anak dia antara lelaki dan perempuan tak ade la sakit hati sangat tengok.. Tak Gitu mak Jemah??  huh! keadilan dan kesaksamaan amat-amat diperlukan disini..

hurmm tak apa lah, mungkin kita perlu berbaik sangka terhadap ibu bapa kite... walau macam mana pn cara dia mendidik kite, dengan cara betul atau salah.. motifnya hanya satu, untuk kita menjadi insan yang masih lagi dalam landasan2 hidup..

 Kata Saidina Umar bin Al-Khattab ra :“Jangan kamu membuat sangkaan terhadap satu kalimah yang keluar daripada seorang saudara mukminmu kecuali kebaikan selagi kamu masih ada cara untuk meletakkannya di tempat yang baik”.





wallahualam~Assalamualakum..


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...