Saturday 16 March 2013

"kejayaan kau, kebahagiaan kau, adalah tanggungjawab kau"



..Hye Assalamualaikum..
Hoho sambil-sambil tengok detective conan mengadap laptop rindu pulak nk update blog.. actually takde idea pun, memory otak slow pepagi ni.. so menaip jer la ikot sedap hati ni.. tup.tup terpandang kat anak buah aku tgh mkn sosej yang gulung dgn roti yang aku buat untuk dia td.. skali pandang dah macam kucing yang mkn, habis dikorek sosej dalam roti tu.  Sakit pulak hati kite ni tengok, jap ag aku la tu yang kene mkn roti dia tuh.. tak pe, nasib baik aku syg kau budak…

sekarang dah masuk pertengahan bulan march, tinggal 2 bulan nak tinggalkan zaman-zaman study.. dan akan bergelar diploma holder, hek eleh diploma jer pun, tapi kesah ape, itu lah value aku skarang.. as a sesuatu yang bergelar hamba Allah aku harus bersyukur dan Insyaallah akan terus berusaha melangkahkan kaki melangkah setapak ke hadapan dan terus kehadapan. 

minggu ni dah start study week, dah kene start mengulang kaji pelajaran yang sudah2.. hoho sampai ke mase-masa macam ni alohai macam-macam penyakit mai cek oii... sakit perut, sakit kaki, sakit otak dan sekutu dengannya, sakit yang entah datang dari mana. yang pasti etiologinya langsng tidak diketahui.. tak student la beb kalau tak ade penyakit2 yang telah menjadi lumrah sejak azali lagi. tak student la namanye kalau tak esok nak exam malam ni dok relax berpesbuk, tak student la kalau buat2 skema baca buku buat tekun awal cenggitu..

Tapi yang pasti ! ! tak student la jugak kalau tak nk result exam gempak walaupun study macam haprak.. hehe yang tu aku mengata diri aku lah.. bukan korang. Bagi aku, result gempak atau tak ikot usaha dah rezeki masing2 masinglah, so tak perlu la kau nk fight result exam kau dengan siapa, fight dengan diri kau sendiri, there is the best way yang kau boleh buat untuk diri kau, sebab kemampuan kau, aku, si siti, si milah , mahupun daud adalah berbeza dalam setiap sesuatu perkara... kalau kau berusaha dalam setiap sesuatu perkara, hasil yang kau dapat setimpal la jugak dengan apa yang kau usahakan.. siapa diri kau adalah apa yang kau usahakan. yang penting apa yang kau buat mesti dapat redha mak ayah, mestilah ikhlas, Allah suka beb, serious tak tipu, lagi 1 rahsia ! ! berbaik2 la dengan binatang, YESS! ! mungkin kau nampak macam tak ada kene mengena, but try la buat.. kau akan nampak kat mana hasilnya, murah rezeki sedere.

semua orang dilahirkan dengan potensi supaya berjaya. Semua dilahirkan dalam keadaan yang sama. Seperti Nabi Muhammad s.a.w pernah menyebut. 
"setiap kelahiran adalah fitrah"
so ape fitrah kite semua?? fitrah kita adalah kecemerlangan dan kehebatan. Tuhan pernah bagitahu dalam Al Quran.

"kami ciptakan manusia (kita semua) dengan sebaik-baik penciptaan"

tak kah semua itu dah menampakkan kite ni hebat sejak dari detik terciptanya sesuatu bernama manusia.. 
#sila renung-renungkan.

Gambarkan, kita dicipta dengan potensi yang hebat. Otak kita mempunyai anggaran 100 bilion sel neuron boleh memproses dan memahami semua yang diajar bermula dari tadika sehingga tahun akhir di IPT. Yang paling hebat, kita memiliki kuasa mungkin kau dann aku sendri tak sedar iaitu memiliki kuasa memahami  semua subjek, buku teks, latih tubi, formula, teori, data, statistik, dan rajah.. Ada sesiapa sedar semua tu?? Bukan kah semua tu dah cukup menampakkan kita hebat??

Saintis pernah menkaji fungsii otak mendapati sel-sel neuron akan bergabung antara satu sama lain apabila kita belajar sesuatu yang baru. ini bermakna semakin byak kita blajar, semakin byak gabungan antara neuron2. gabungan neuron2 menunjukkan kefahaman kita didalam sesuatu perkara.

meh aku buat ujian kat korang sikit.. Adakah korang faham tentang perkataan dibawah ni :-
LEMBU

FAHAM?? dah tentu lah kau faham, lembu adalah binatang ternakan yang daging dia boleh buat daging burger. oke aku nak tanya, kau boleh nafikan tak mase kau bace tulisan berwarna purple diatas kau akan terbayang sesuatu dan otak kau mpamerkan objek ini :-
 kenapa ada objek lembu dalam otak kau?? ni sebab, mase kecik kau pernah tengok lembu dan mak bapak kau bgthu "itu namanya lembu", kemudian otak menyimpan gambar lembu. Dan bila masuk skolah cikgu pulak ajar mengeja perkataan L.E.M.B.U.. dan lembu adalah salah satu contoh gabungan antara neuron2 kau.

Okeh cukuplah leteran aku stakat ni.. entry aku akan lebih bermakna jika kau try mengabungkan neuron2 otak korang untuk fikir, renung, dan beramal dengan apa yang dah berbuih berleter kat atas.. dan jika kau rasa apa yang aku cakap ni tak betul, sila tinggalkan blog ni tanpa meninggalkan sebarang kesan.

And last aku nk mintak, cube kau scroll balik ke atas entry ni.... Owwhh tak, aku tahu kau memang malas nk buat cm tu kan.. saje nk cakap leh tahan panjang gak entry kali ni, k lah bercakap byak2 kat sini pn tak jadi ape kan.. aku pn tak study ape lagi, hoho part ni jangan tiru aku.. huhu k lah cukup sampai disini.. bye..bye..

"kejayaan kau, kebahagiaan kau, adalah tanggungjawab kau"

ASSALAMUALAIKUM

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...