Wednesday, 27 March 2013

Hari kematianku semakin hampir

hye Asslamualaikum, & good Moring



dua hari lepas cecah umur aku 21 tahun.. kawan-kawan sambut berthday n buat aku happy.. thanks a lot kawan-kawan... setahun lagi tarikh kematian aku makin hampir. . . diri masih lagi banyak kekurang.. Inshaallah, sebagai anak, sebagai pelajar, sebagai saudara mara, sebagai kawan, dan sebagai sesuatu yang di lahirkan sebagai khalifah, akan akan perbaiki diri dari semasa ke semasa... akan lebih berbakti kepad ibu dan bapa, akan lebih mendalami objektif aku sebagai manusia, akan cuba mengukuhkan tiang agama..  mohon doa dari semua..

"Rasullullah s.a.w pernah bersabda didalam hadithnya yang membawa maksud solat berjemaah lebih tinggi darjatnya 27 daripada solat berseorangan" 

hanya dengan solat berjemaah, amalan solat kita di tinggi kan dengan 27 darjat.. serez besar beb, bukan lama pun solat dalam 10 minit ja.. TAPI ! ! berpa ramai ja antara kita yang mengejar ataupun orang kedah kata hat "ligan" solat jemaah ni... TU PUN KALAU SOLAT ! ! ! krik.krik.krik *bunyi cengkerik.. nak pulak ada member2 kita yang sibuk dengan boyfriend, girlfriend ke hulu ke hilir, kau peluk aku, aku peluk kau.. tu pun belum kira yang sibuk dengan moto, merempit n soon.. kenapa?? kau rasa mungkin kapcai mata bulat kau tuh boleh bawak kau pergi syurga, pakwe yang buat kau jadi penyedap boleh bagi cop untuk meluluskan kau masuk syurga?? dunia kat luar sana ramai buaya, naga mahhupun tenggiling yang tunggu masa nak baham kau.. sama ada kau sedar atau tidak once kau menapak keluar dari rumah, bermakna kau kene berdepan dengan segala tipu muslihat permainan dunia.. But! ! kau nak salah kan siapa kalau kau pun duk join sama mendaftarkan diri kau ke NERAKA ?? Salah kan dunia?? atau salahkan diri kau yang baik hati melakukan setiap sesuatu tanpa berfikir dengan membiarkan otak kau tak berkerja?? 

. . . . . .  muhasabah diri . . . . . .

so aku nasihatkan kepada diri sendiri dan jugak kepada engkau, engkau yang tengah
 membaca, bila member dok ajak solat jemaah tu, jangan la tolok, p la ikot dia solat sat, *solat jer pun bro!! tak pakai modal.. serez tak rugi pun, untung lagi ada ar... and apa salahnya kita ajak member kita p solat sekali ? ? ? kalau nak untung part ni, biar kita sama-sama untung la beb. . .  Kita jadi member sampai ke Akhirat.. Inshaallah . . . okey abang2, adik2, & akak? ? ? mai la kita sama2 berpaiki amalan kita, agar kita sama-sama memperolehi keuntungan . . . 

Dan macam mana kebanyakkan manusia lain, dah takde pilihan baru laaa nak cari tuhan . . . time tu baru la nak doa camgini . . . . . . .
:
:
:
:
:
:
:

"ya Allah ya tuhan ku, tolong la aku ya Allah, aku didalam kesempitan ya Allah, tunjukkan la keajaibanMu ya Allah"

But it will never change bcoz bukan kan Allah dah kata Dia tak akan merubah nasib kita jika kita tak merubah nasib kita sendiri.. Allah tak pernah menipu beb! ! ! jadi aku fikir, we got to finish this by our self, takde orang boleh tolong pun...

tapi cuba kau dan aku fikir, berapa ramai kawan-kawan kita yang dah bersiap dan bersedia bila malaikat Izrail datang ketuk pintu kita?? Aku bercakap tentang AJAL , KEMATIAN dan bak kata omputih DEATH ! ! tak ada sesiapa yang boleh menafikan yang kita akan berjumpa dengan kematian, atau pun kematian yang akan berjumpa dengan kita.. ada beberapa yang aku nk highlight kan dekat sini.. SATU ! ! bila dia nak mai, kita pun tak tahu, kita akan mati jugak, tapi kita tak tau bila... ramai yang beranggapan, kita akan mati bila kita dah tua-tua berkdur kerepot nanti nuh. Tapi realitinya, berapa orang yang boleh jamin yang usia kau akan mencecah ke separuh abad? ? ?  kalau tetiba kau mati, atau pun mala petaka yang lain, ada yang kene masih lagi 20-an, malah belasan tahun pun ada.. tak ada sapa boleh garenti yang dia boleh hidup sampai ke esok. DUA !! bila dia mai, kita pi la.. takdenya kau boleh kata, "sat.. sat.. sat.. aku nak bersiap sat biaq segak sikit".. Kalau takdir dia mai tu kita dah bersiap, dah cukup amalan, then ALHAMDULILLAH, tapi kalau time tu kita dok still terkontang kanting lagi, nak buat macam mana?? kita tak boleh buat apa-apa dah bro... so bila ajal datang mai ketuk pintu kita sorang-sorang kitang akan terus meninggal..

so memang kita tak tau, so apa yang boleh kita buat bila kita tunggu untuk sesuatu yang kita tahu akan tiba but detik dan ketikanya sahaja yang kita tak tahu... aku ada terbaca 1 tips yang sangat bagus yang diberikan oleh sahabat Rasullah s.a.w ialah berkerjalah untuk dunia seumpama kamu akan hidup selama-lamanya, berkerjalah untuk akhirat seumpama kamu akan matti esok.

kesimpulannya adalah . . . sometime you'll feel that you well prepared, you'll gonna be allright, you'll fine ever after, nothing will gonna be happen to you, you'll finished ur work on time, but suddently some problem happaned, that time kau akan berfikir siapa diri kau pada hari-hari sebelumnya...

ini adalah peringatan untuk diri aku sendiri yang lemah lagi daif, dan tak lupa untuk member-member yang tgh bace tuh... mari lah kita sama-sama berusaha untuk menghandsomekan, dan melawakan diri kita untuk berjumpa dengan Allah subbahanallah taala.. Ishaallah. . . .

trust me thatt kita tak boleh boleh bahagia selamanya as long  kita masih lagi bergantung kepada manusia lain... bergantunglah kepada sesuatu yang tiada tercatat hari kematian untuknya iaiti Allah subbahanallah taala...


sekian sahaja rakaman suara hati

Assalamualaikum.. 


2 comments:

  1. trima kasih post yg ni.. bila dah baca, baru la thu semua ni.. :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...