Saturday 16 February 2013

Allah Azza Wa Jalla

Hai Assalamualikum, Dan selamat sejahtera kepada akak-akak, makcik-makcik, opah-opah dan sebagainya.. Golongan yang berlainan Jantina atau yang mengalami kekeliruan jantina (nyah) juga selamat sejahtera dan assalamualaikum diucapkan.. Semoga hari ini dan hari-hari mendatang akan menjadi 1 titik lonjakan untuk aku, kau dan kita semua supaya kita boleh menapak ke satu anak tangga yang lebih tinngi dan lebih dekat kepadaNya.

Tahun ni dah masuk pun 21 tahun, pejam celik pejam celik semakin hampir pejamkan mata dan tak akan celik-celik lagi.... Diri sendiri masih lagi kekurangan serta banyak lagi cacat cela. disana dan disini... masih lagi menghabiskan masa yang bersisa mungkin tinggal beberapa detik, minit dan jam sahaja lagi, masih tak sedar2kan diri bahawa hanya berpijak diatas bumi dan mendongak kelangit yang hanya sementara cuma. Semakin usia Menapak keatas, Semakin Menebal buku cacatan Malaikat pencatat setia sebelah kiri.. Adakah Itu pencapaian Terbaik aku selama aku hidup didunia ni..?? Adakah itu yang dapat aku bangga-banggakan?? 

RENUNGAN BERSAMA


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...