Tuesday 5 February 2013

Cerita Itu Dan Ini

Hye Assalamualaikum

Bukan manusia la nama nye kalau tak ada yang tak puas hati, komen itu ini, pompang pompang, pokpek pokpek, & blablablabla...

Hari ni hari ke-4 aku ditempat baru, Baru nk start praktikal dekat Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang.. hurm aku dan kawan-kawan duduk dekat rumah kedai yang berhampiran dengan hospital.. So far so Good la stay kat sikit, tapi biasa lah stay rumah kedai dah macam kilang hape jer..
Nak cakap selesa tu memang tak selesa duduk dalam keadaan macam ni, toilet ade dua, tapi tempat memeram(jamban) yang membuat kan aku tak puas hati, ade ke bagi tandas duduk tu, gile habis tak berak aku dok umah ni, tak rasa nikmat berak tu bila kene duduk mcam tu, aku tak tahu lah mcm mana mat2 salleh siap boleh bace paper mase melabur tu... Jalan penyelesaian yang terbaik adalah, bila nk mula keje aku meluru la cari jamban bersesuaian  menjalankan aktiviti pembuang hasil dalam negeri aku.. #fuhh lega habis 

Ehem~ehem... Yang best sikit nya kat sini sebelah bangunan penempatan kami terdapat GYM 24HOURS beroperasi, katil aku pulak baik punya parking kat tepi tingkap, huhu bagun tidur pagi-pagi baik punya sarapan mata tengok abang badan ketul-ketul keluar dari gym, terus cerah bijik mata aku.. sekali tengok macam letak roti BUN 6 bijik kat perut..  *tengok perut aku lak, uisshh no, macam Letak Roti Gardenia 70sen tu, BUNCIT!!  (ah abaikan!! masalah utama aku dari dulu kini dan selamanya)

Start from today, ketua rumah kami menetapkan peraturan yang aku rase tak brapa adil untuk aku bilamana kami dipaksa bercakap dalam bahasa Omputih dalam rumah ni, katanya sepatah word bahasa melayu keluar    sila serahkan wang ringgit bernilai sepuluh sen kedalam tabung rumah, Terfikir macam mana kalau mak aku call?? mau mak aku tengok Hp dia 3/4 kali untuk confirmkan itu no anak dia atau tidak.. 
banyak alasankan?? #oke fine, aku memang fail sikit nak bercakap bahasa orang Kafir Laknatullah ni, tapi Broken English tu bolehlah... Jap kalau difikir-fikirkan balik, kita cakap melayu pun bukan betul sangat, ade ke kau cakap dengan kawan kau macam dalam bahasa buku camgini "Yana, adakah awak sudah makan??".. kalau cam ni la cara aku bercakap dengan kawan aku confirm budak tu gelak berguling-guling kat lantai, Tak ke semua tu nampak awkward??? 
( twitter)

 tinggalkan pasal ketidak puasan hati diatas, Next Topic adalah start minggu ni aku dan kawan-kawan kerja petang, sesuatu perkara yang membuatkan aku frust menonggeng adalah aku miss cerita Setia Hujung Nyawa, cite peberet tuh, adoyaiii Tekanan Betoii... Tambah-tambah pulak try try nk bukak internet tengok dekat  http://www.dailymotion.com/ dan terpaksa melayan line yang slow habis macam siput vavi..  #Aku peminat amar ashraf hero cite tu, macho weh!!! (tapi tunang orang) *buat sekian kalinya aku frust

kalau nk sambung luahkan segala mengikut kehendak hati, sampai bile pn tak sudah, ikot kan hati, mati la kawan, sampai ni jer la entry kali ni  

"MUNGKIN KITA TAK SELALU DAPAT SETIAP SESUATU YANG KITA HENDAK, TETAPI KITA KENA BERSYUKUR KITA MEMILIKI SESUATU YANG KITA PERLU"

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...