Saturday 16 February 2013

AKU PENCINTA-MU


Saat aku rasa dunia tak menyebelahi aku, aku buntu kemana hendak aku lari?? kemana hendak aku sembunyi??

BAHAGIA, SEBENARNYA DIMANA??

Seorang kawan aku cakap : 
Hidup BAHAGIA bila kita TIPTOP dalam study, nanti ramai orang suka kita tawww.
tapi aku nampak dia tak ada la ramai kawan sangat pun.....
Kawan lain pulak cakap :
 Hidup ni BAHAGIA bila kita ramai teman, nak-nak pulak ada yang istimewa..
tapi kenapa aku selalu nampak dia bergaduh  lepas tu menangis??

Orang ramai cakap kat aku : 
Hidup ni BAHAGIA  bila kita boleh buat apa yang kita suka, seperti Dengar lagu, Shopping,  Melepak Online, Masa pun terisi.
tapi kenapa mereka tetep mengeluh BOSAN??

BETULKAh HIDUP "CUMA" SEKADAR INI ? ? ?

Kata PENCIPTA :
AKU TIDAK MENCIPTAKAN JIN DAN MANUSIA MELAINKAN AGAR MEREKA BERIBADAH KEPADA-KU

DAN KEHIDUPAN DUNIA INI, HANYALAH SEMENTARA

SESUNGGUHNYA KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH PERMAINAN DAN SENDA GURAU

Terkelu lidah mengetahui bahawa HIPUP BUKAN SEKADAR HIDUP perlu sedar bahawa :-

          • CINTA yang dikurniakan bukan cuma untuk aku
          • HARTA ini juga bukan sepenuhnya milik aku

MALAH
          • HATI ini juga pinjaman sahaja
          • HATI ini hidup kerana Allah dan tunduklah mengharap hanya padaNya
"sesungguhnya SOLAT aku, IBADAH aku, HIDUP aku, MATI aku, hanyalah untuk DIA"

Persoalan demi persoalan telah terjawab, semuanya berbalik kepada Allah, Hati puas saat tahu berpaut itu hanya pada Mu Ya Allah. Hidup indah tidak keseorangan bila sedar Allah sentiasa menemani. Jiwa merasa cukup bila Allah memujuk, bila Allah Berjanji..

Kerana aku tahu cerita cinta aku dan dia BUKAN CINTA BIASA

"Benarlah, dengan hanya mengingati Allah, Hati Akan menjadi Tenag!"
(Ar-Ra'du :28)





No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...