Saturday 5 January 2013

~berfikir sejenak~


Assalamualaikum.. Hye kawan-kawan... hurmm hari ni tade la banyak sangat idea nak merapu buat entry baru, tapi ikot kan jer la jari yang tengah ade mood nak menaip.. sambil memerhatikan kucing yang sedang baek punya dia landing atas dekoder astro tengah nyenyak dibuai mimpi lena umpama dekoder tu APAK kau yang  beli, tetibe terlintas la 1 topic kat otak yang agak Lemb** ni.. Meh join aku merapu sat..!

hurmm k! entry kali untuk anak-anak dara baik2 duduk kat rumah bawah ketiak mak bapak.. upsss kejap ! tengah2 layan menaip ni, aku dapat gangguan halus, iaitu bau sate yang halus2 masuk menusuk hidung sambil  terkembang kuncup hidung aku... ooouuuhhh NO!!! kuat kan iman, jangan sampai misi mengurangkan buncit aku gagal...!! LUPEKAN~~

oke Lets contineu, sembang-sembang sal anak dara ni, kau pernah rasa tak jadi anak perempuan ni tak adil bagi kau, nak keluar tak boleh, nak jalan2 dengan kawan apetah lagi... nak online pulak, baik punya mak usha dari belakang, kekadang handphone pon kene selongkar.. Tapi yang menjadikan kau rase berbulu dan meluat bilamana kau tengok abang2 kau relax je keluar dengan kawan2 dia, dengan awek dia. suka2 hati, tak kira masa, mak bapak kau tak bising pn... but bila kau persoalkan dimana hak kau  pada mak bapak kau, kau akan dengan 1 ayat basi ni "awak kan anak dara, abang tu lelaki" sah2 lah abg tu lelaki, kalau perempuan aku tak tau la cam mane nak bayangkan muke dya..

Huh! sakit hati siot dengar ayat tu... kalau difikirkan secara logiknya, yang abang2 keluar tu bukan dengan ank perempuan orang ke?? bukan anak dara orang ke.. kalo diorang keluar dengan BAPOK aku tade hal la sangat.... 

mesti korang terfikir motif apa ayat tu terluah kat mulut mak bapak kau... hurmm kalo difikir kan anak perempuan ke lelaki ke kalo dah akil baligh kau buat ape pn sama je pertimbangan dosa pahala kau.. tak semesti nya kau lelaki kau boleh buat apa yang kau suka... dan TAK SEMESTINYA LELAKI TU BOLEH TAHAN GODAAN SYAITAN..  #betulkan kalau aku salah..

And one more thing yang aku tak puas hati... korang mesti pernah dengar ayat ni "jaga anak perempuan sorang macam bela lembu sekandang"... sekarang aku nak tanya 1 soalan kat korang, Dimana persamaan antara anak perempuan dengan lembu atau anak perempuan dengan kandang... ada jawapan?? sila kemukakan diruang komen dibawah.. TQ!

kenapa perlu dibeza2 kan antara anak-anak mengira jantina.. kalau dapat anak pondan macam mane pulak nk jaga??  atau perlu aku keluarkan peribahasa " seperti bela sotong dalam aquarium, ikan bandaraya tunduk hormat" ?? huh! tak dapat bayangkan mcm mana bela sotong dalam aquarium..

bagi aku.. kau lelaki ke perempuan ke kita sama semua sama je.. kau buat jahat tetap berdosa... tak pernah aku dengar ade diskaun dosa 20% sebab kau lelaki.. kalau lah cara mak bapak kita secure anak dia antara lelaki dan perempuan tak ade la sakit hati sangat tengok.. Tak Gitu mak Jemah??  huh! keadilan dan kesaksamaan amat-amat diperlukan disini..

hurmm tak apa lah, mungkin kita perlu berbaik sangka terhadap ibu bapa kite... walau macam mana pn cara dia mendidik kite, dengan cara betul atau salah.. motifnya hanya satu, untuk kita menjadi insan yang masih lagi dalam landasan2 hidup..

 Kata Saidina Umar bin Al-Khattab ra :“Jangan kamu membuat sangkaan terhadap satu kalimah yang keluar daripada seorang saudara mukminmu kecuali kebaikan selagi kamu masih ada cara untuk meletakkannya di tempat yang baik”.





wallahualam~Assalamualakum..


2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...