Wednesday, 27 March 2013

Birthday Girl

Hye Assalamualaikum & Happy Wednesday !!

Last monday 25 mac ulang tahun Hari Polis yang ke 206, yesterday 26 Mac ehem-ehem Birhday Aku iaitu hari kejyaan yang terbesar mak aku melahirkan aku diduania, dan Inshaallah akan jadi modal insan yang berkualiti, dan hari ni 27 mac adalah hari yang membosankan.. eh nak pesan sikit, sapa yang terasa mahupun terdetik nak bagi hadiah kat aku, masih lagi terbuka.. hehe

Ucapan beribu-ribu terima kasih kepada ibu tercinta kerana telah berjasa melahirkan dan membesarkan anakmu ini  dari sebesar-besar tapak tangan sehingga sekarang lagi besar dari ibu( kehkeh), halalkan makan dan minum anakmu ini, maafkan segala salah dan silap dari terkecil hati sehingga menitisnya air mata..  sesungguhnya sehingga habis sisa hidup aku sebagai anak mu, tak termampu nak membalas besar nya pengorbanan mu ibu.. dan tidak lupa kepada seseorang lelaki yang amat aku kasihi adalah ayah, dah setahun lebih ayah meninggalkan aku, sikit pun aku tak rasa ayah macam dah tak ada, mungkin kau akan cakap aku menolak takdir/ tak menerima kenyataan.. aku tak kesah, yang aku tahu, ayah masih bersama aku, melihat aku.. maafkan anakmu ayah jika terlepas laku, doa untukmu di tiap2 hari-hari ku mengiringi pemergian mu ayah.. Jasa Mu Di Kenang My Hero, My One & Only Ayah..

And Thanks a lot kepada kawan-kawan yang buat suprise 12 malam semalam, n thanks dalam masa tak ada air kat hostel korang boleh mandikan aku dengan tepung, Nice sengat, omey angat... And thanks coz belanja kek comel,aku ingat sampai bila2.. sayang korang kaw-kaw punya, serez tak tipu beb..



thanks a lot kepada Mr Right yang terlambat wish.. seddey but saya faham awak penat berkerja keras for our future, I'm fine with it, jangan lupa saya sudah lah.. saya tunggu awak pada 7 April yaa, ada lagi 
kurang dari dua minggu, sangat excited but terpaksa buat-buat cool.. huhu kang orang cakap saya over pulak. ++ dont forget ! ! saya tunggu hadiah birhday, kalau itu pun awak lupe.. undang-undang akan berkuat kuasa serta merta.. n remember jangan lupa pakai baju PINK ! ! !



(muke tengah menunggu la konon2)

"I LOVE YOU not only for you who are, but for who I am when I AM WITH YOU"







Saturday, 16 March 2013

"kejayaan kau, kebahagiaan kau, adalah tanggungjawab kau"



..Hye Assalamualaikum..
Hoho sambil-sambil tengok detective conan mengadap laptop rindu pulak nk update blog.. actually takde idea pun, memory otak slow pepagi ni.. so menaip jer la ikot sedap hati ni.. tup.tup terpandang kat anak buah aku tgh mkn sosej yang gulung dgn roti yang aku buat untuk dia td.. skali pandang dah macam kucing yang mkn, habis dikorek sosej dalam roti tu.  Sakit pulak hati kite ni tengok, jap ag aku la tu yang kene mkn roti dia tuh.. tak pe, nasib baik aku syg kau budak…

sekarang dah masuk pertengahan bulan march, tinggal 2 bulan nak tinggalkan zaman-zaman study.. dan akan bergelar diploma holder, hek eleh diploma jer pun, tapi kesah ape, itu lah value aku skarang.. as a sesuatu yang bergelar hamba Allah aku harus bersyukur dan Insyaallah akan terus berusaha melangkahkan kaki melangkah setapak ke hadapan dan terus kehadapan. 

minggu ni dah start study week, dah kene start mengulang kaji pelajaran yang sudah2.. hoho sampai ke mase-masa macam ni alohai macam-macam penyakit mai cek oii... sakit perut, sakit kaki, sakit otak dan sekutu dengannya, sakit yang entah datang dari mana. yang pasti etiologinya langsng tidak diketahui.. tak student la beb kalau tak ade penyakit2 yang telah menjadi lumrah sejak azali lagi. tak student la namanye kalau tak esok nak exam malam ni dok relax berpesbuk, tak student la kalau buat2 skema baca buku buat tekun awal cenggitu..

Tapi yang pasti ! ! tak student la jugak kalau tak nk result exam gempak walaupun study macam haprak.. hehe yang tu aku mengata diri aku lah.. bukan korang. Bagi aku, result gempak atau tak ikot usaha dah rezeki masing2 masinglah, so tak perlu la kau nk fight result exam kau dengan siapa, fight dengan diri kau sendiri, there is the best way yang kau boleh buat untuk diri kau, sebab kemampuan kau, aku, si siti, si milah , mahupun daud adalah berbeza dalam setiap sesuatu perkara... kalau kau berusaha dalam setiap sesuatu perkara, hasil yang kau dapat setimpal la jugak dengan apa yang kau usahakan.. siapa diri kau adalah apa yang kau usahakan. yang penting apa yang kau buat mesti dapat redha mak ayah, mestilah ikhlas, Allah suka beb, serious tak tipu, lagi 1 rahsia ! ! berbaik2 la dengan binatang, YESS! ! mungkin kau nampak macam tak ada kene mengena, but try la buat.. kau akan nampak kat mana hasilnya, murah rezeki sedere.

semua orang dilahirkan dengan potensi supaya berjaya. Semua dilahirkan dalam keadaan yang sama. Seperti Nabi Muhammad s.a.w pernah menyebut. 
"setiap kelahiran adalah fitrah"
so ape fitrah kite semua?? fitrah kita adalah kecemerlangan dan kehebatan. Tuhan pernah bagitahu dalam Al Quran.

"kami ciptakan manusia (kita semua) dengan sebaik-baik penciptaan"

tak kah semua itu dah menampakkan kite ni hebat sejak dari detik terciptanya sesuatu bernama manusia.. 
#sila renung-renungkan.

Gambarkan, kita dicipta dengan potensi yang hebat. Otak kita mempunyai anggaran 100 bilion sel neuron boleh memproses dan memahami semua yang diajar bermula dari tadika sehingga tahun akhir di IPT. Yang paling hebat, kita memiliki kuasa mungkin kau dann aku sendri tak sedar iaitu memiliki kuasa memahami  semua subjek, buku teks, latih tubi, formula, teori, data, statistik, dan rajah.. Ada sesiapa sedar semua tu?? Bukan kah semua tu dah cukup menampakkan kita hebat??

Saintis pernah menkaji fungsii otak mendapati sel-sel neuron akan bergabung antara satu sama lain apabila kita belajar sesuatu yang baru. ini bermakna semakin byak kita blajar, semakin byak gabungan antara neuron2. gabungan neuron2 menunjukkan kefahaman kita didalam sesuatu perkara.

meh aku buat ujian kat korang sikit.. Adakah korang faham tentang perkataan dibawah ni :-
LEMBU

FAHAM?? dah tentu lah kau faham, lembu adalah binatang ternakan yang daging dia boleh buat daging burger. oke aku nak tanya, kau boleh nafikan tak mase kau bace tulisan berwarna purple diatas kau akan terbayang sesuatu dan otak kau mpamerkan objek ini :-
 kenapa ada objek lembu dalam otak kau?? ni sebab, mase kecik kau pernah tengok lembu dan mak bapak kau bgthu "itu namanya lembu", kemudian otak menyimpan gambar lembu. Dan bila masuk skolah cikgu pulak ajar mengeja perkataan L.E.M.B.U.. dan lembu adalah salah satu contoh gabungan antara neuron2 kau.

Okeh cukuplah leteran aku stakat ni.. entry aku akan lebih bermakna jika kau try mengabungkan neuron2 otak korang untuk fikir, renung, dan beramal dengan apa yang dah berbuih berleter kat atas.. dan jika kau rasa apa yang aku cakap ni tak betul, sila tinggalkan blog ni tanpa meninggalkan sebarang kesan.

And last aku nk mintak, cube kau scroll balik ke atas entry ni.... Owwhh tak, aku tahu kau memang malas nk buat cm tu kan.. saje nk cakap leh tahan panjang gak entry kali ni, k lah bercakap byak2 kat sini pn tak jadi ape kan.. aku pn tak study ape lagi, hoho part ni jangan tiru aku.. huhu k lah cukup sampai disini.. bye..bye..

"kejayaan kau, kebahagiaan kau, adalah tanggungjawab kau"

ASSALAMUALAIKUM

Friday, 1 March 2013

Antara Intan Dan Permata


Hai assalamualaikum

Sempena hari yang mulia ini iaitu hari betapa aku at rumah mula tetibe dapat lak inspirasi nak berceloteh at blog ni.. Last 2 nights aku dah keje night shift (9 pm - 7 am) so makanya hari ni adalah hari tidur aku, tapi malangnya aku bukan spesis yang pandai tidur siang tak hingat dunia mcm musang dan malam lak berjaga macam kelawar.. tak jumpe nikmat hidup beb kalau keje membute jer... so untuk mengisi ruangan masa yang membosankan ni, aku sedia berkhidmat di blog ni merapu tak tentu hala... huh! macam mana nak start pun tak taw...

Skarang tengah musim orang kawin, kawan2 aku ramai gak yang dah kawin, mak buyung yang dah bawak perut pun ade, yang dah dok heret anak ke hulu ke hilir pn byak, tapi ag 1 spesis yang asyik dok payung gambar anak kat fb pn bsepah.. ehem... ehemm.. aku bukan dengki oke!! just suke tengok ja... aku lambat lagi kot.. belum ada yang sudi (ayat drama melayu) kehkehekeh... minggu ni plak mak aku p hantar rombongan merisik untuk abg aku, seronok cekk oiii... lagi seronok sebab aku tak dapat balik, weekend kene keje #frust menonggeng !!! 

Setiap seorang manusia itu ada pasangannya yang dah siap sedia tertulis di Luh Mahfuz, lambat atau cepat kau akan jumpa jugak jodoh tu, so jangan berangan itu dan ini ciri-ciri suami atau isteri yang layak untuk diri kau sebab kau pun mungkin belum cukup layak untuk nk pikul tanggungjawab.. thats it!!!. ..aku ada beberapa persoalan ..

  1. kenapa perempuan yang comel, yang putih, yang gebu, yang tinggi lampai, yang kurus dan sekutu dengannya diklasifikasikan sebagai "CANTIK" ? ? 
  2. kenapa lelaki yang kurus, tinggi, hidung mancung sikit, badan taf n lagi bagus kat perut ade mcm bentuk roti bun 6 biji, & kulit ala-ala mamat K-pop diklasifikasikan sebagai "HANDSOME"
  3. kami yang montel dan gebu lagi bahagia ni tak nampak ke kecomelan yang mebuak-buak ni??
  4. kenapa orang yang CANTIK, COMEL, HANDSOME, MACHO menjadi prioriti dalam pemilihan seseorang?? sebagai bukti ------->>
(omeyyy angaatttt....ayat mamat meroyan kat Nelydia Senrose)

"kalau semua orang nak yang cantik, yang handsome, kami2 yang tak cantik ni sapa yg nak?"
(cer tengok muke2 kat atas ni, tak kesian ka?? seddeeyyy! ! ! )

huhu abaikan iklan2 diatas, sajer promote gambar... apa-apa pun berlaku, please back to Pencipta and searching the right way Fisabilillah.. bila kau merasa hidup kau kekurangan hati kau kosong bermakna iman kau semakin menipis, once kau believe that AllaH is Always bersama kau, kau tak akan sempat merasa diri kau kekosongan.

Aku percaya setiap orang akan sampai lowest point on their relationship in life. Been there, done that. hati sakit mcam kne pijak. khilangan sparuh jiwa, atau mungkin seluruh jiwa. Hati sakit sampai tak terluah dek kata-kata. Dan sedar atau tidak, kbnyakan dari kita hnya sedar akan adanya Tuhan bila waktu susah. Dialah menjadi tempat mengadu dan meminta bilamana sudah tiada cuping-cuping telinga yang yang menempek dihati-hati hitam yang mampu lagi untuk mendengar kesedihan dan kesyahduan cerita sedih kau..









LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...